kt sn aku nk share ckit psai sesuatu prkara. skrang ni kn....bnyk sgt produk2 kecantikan yg dh ada kt pasaran kn. tp mcm2 produk yg kt lihat la ni. produk2 ni suma....dr plbagai bahan2 yg d'gunakn trmsuklah ada yg guna bhn kimia. hmm....bkn nk berleter...tp kdg2 produk2 skrang ni la yg menerokkn lg....bkn baik pulih. so, it's up to you....to choose the best product for youself ok ^^ apa yg aku nk share ckit la kn....iaitu tntg petua org2 tua dlu2. hehe....taw x apa??? BEDAK SEJUK!!! wahhh.....mcm2 kebaikan kt bole dpt taw. nk tau kebaikannya??? check it out~~~
Nilai bedak sejuk

SITI ESAH (kiri) percaya bahawa bedak sejuk sesuai digunakan kanak-kanak kerana khasiatnya yang baik untuk kulit.
SUASANA di pekan kecil Sekinchan, Selangor cukup indah dengan panorama sawah padi yang terbentang luas hasil kudrat penduduk berketurunan Jawa dan Banjar di pekan itu.
Terletak bersebelahan bandar Kuala Selangor dan Tanjung Karang, masih terdapat warga emas berketurunan Banjar di situ yang menghasilkan bedak sejuk secara tradisional untuk kegunaan sendiri.
Jurnal berkesempatan menemubual warga emas, Asiah Yusof, 65, yang menghasilkan bedak sejuk di Parit Sembilan, Sekinchan.
Walaupun dimamah usia, jika diamati, wajah Asiah tampak seperti wanita berumur 40 tahun. Wajahnya putih melepak dan kurang berkedut berbanding wanita seusianya.
Bertanya rahsianya, beliau berkata, bukan susuk mahupun penggunaan produk kecantikan bernilai ratusan ringgit yang menjadi amalannya sebaliknya hanya bedak sejuk yang ditepek di muka sejak kecil.
Mengimbau kembali kisah lama, Asiah mempelajari membuat bedak sejuk daripada arwah ibunya, Loh Ismail.
Berasal daripada keturunan Banjar dari Kalimantan, Indonesia, ayah dan ibu Asiah berhijrah ke Sekinchan.
Kebanyakan mereka yang bekerja sebagai pesawah tidak ketinggalan membawa adat budaya dari Kalimantan seperti penghasilan bedak sejuk.
Pertandingan
"Jika di sana (Kalimantan, Indonesia), penduduknya bahkan mengadakan pertandingan menghasilkan bedak sejuk terpantas setiap tahun selain pertandingan menyolek muka menggunakan bedak sejuk secara paling kreatif," katanya yang pulang setahun sekali ke Indonesia untuk berjumpa saudara-mara.
Bercerita mengenai kemahiran menghasilkan bedak sejuk, Asiah memberitahu, beliau sekadar mempelajarinya daripada gerak laku ibunya.
"Sebenarnya saya telah memakai bedak sejuk sejak kecil lagi. Mula-mula, saya melihat ibu menghasilkannya sebelum saya membuatnya sendiri.
![]() |
ASIAH mempelajari cara membuat bedak daripada ibunya, Loh Ismai yang berasal dari Sumatera, Indonesia. |
"Tetapi, saya khuatir kerana anak-anak saya sekarang kurang berminat mempelajari serta cuba membuatnya. Mereka hanya tahu menghabiskannya sahaja," katanya.
Tambah Asiah, lebih merisaukannya jika beliau meninggal dunia kelak tiada seorang anaknya yang mewarisi kemahirannya menghasilkan bedak sejuk.
Asiah yang telah memakai bedak sejuk lebih 20 tahun menyambung perbualan tentang proses menghasilkan bedak sejuk yang disifatkan tidak sesukar mana.
Ia dimulakan dengan merendam beras dalam sebuah bekas sehingga lembut antara tiga bulan sehingga dua tahun.
"Bekas rendaman beras itu harus ditukar airnya setiap masa bagi mengelakkan berbau busuk. Setelah selesai tempoh rendaman, beras tadi perlu dikisar terlebih dahulu dan ditapis sebelum direndam semula selama lima hari.
"Selepas itu, beras yang dikisar akan digaul semula dengan air untuk dititikkan di atas kain menggunakan daun pisang yang telah diubah suai sebelum dijemur menghadap cahaya matahari," katanya.
Selepas dijemur, bedak sejuk akan kelihatan tirus. Ia kemudian akan ditoreh dengan pisau untuk menghasilkan bentuk yang lebih menarik sebelum dicampur dengan daun pandan untuk bau yang lebih wangi.
Berbicara mengenai kebaikan bedak sejuk, anak sulung Asiah, Mohamad Asri Badron, 50, yang bekerja sebagai guru mengatakan produk kecantikan itu mempunyai kelebihan tersendiri.
Demam campak
Antaranya, bedak sejuk digunakan secara meluas oleh pekebun dengan menyapukan pada bahagian muka mereka supaya tidak gelap dipanah cahaya matahari.
![]() |
BEDAK sejuk juga digunakan sebagai pengeras oleh pengamal perubatan tradisional untuk mengubati mereka yang menghidap penyakit resdung. |
"Selain itu, ia digunakan untuk mengelak muka seseorang ditumbuhi jerawat. Jika digunakan sebelum tidur pada waktu malam pula, ia dapat mencerahkan wajah selain petua tradisional untuk awet muda tanpa menggunakan botox," ujarnya.
Katanya lagi, bedak sejuk juga sesuai untuk budak kecil yang terkena ruam. Sapukan sahaja bahagian yang terkena ruam itu dengan bedak sejuk yang dicampurkan dengan garam beserta air.
"Malah, ia juga dikatakan penawar terbaik bagi mereka yang menghidap demam campak. Ia dapat mengurangkan masalah demam campak selain menghilangkan parut-parut akibat demam itu," katanya yang juga mengamalkan pemakaian bedak sejuk sejak kecil seperti ibunya.
Mohamad Asri menambah, bedak sejuk juga digunakan secara meluas sebagai pengeras (upah) bagi pengamal perubatan tradisional khususnya di kampung-kampung bagi mengubati penyakit resdung (sinus).
Isterinya, Siti Esah Muslim, 47, pula memberitahu, penggunaan bedak sejuk bukan sahaja terhad sewaktu ingin tidur tetapi juga semasa pergi ke kedai pada waktu petang mahupun ketika bersiar-siar.
"Sekinchan bukan bandar besar. Di sini, jika memakai bedak sejuk perkara biasa. Tetapi, kita tidak pakai bedak sejuk semasa melakukan aktiviti seharian di bandar-bandar besar nanti orang bandar takut kerana disangka terserempak dengan hantu pula," katanya sambil ketawa.



No comments:
Post a Comment